Ibu maafkan dosa mu, kau anak yang baik, namun disebalik kata-kata itu mungkin ada yang masih belum diluahkan untuk membersihkan segala kesilapan yang telah dilakukan. Hati begitu unik, mungkin kata-kata yang dilahirkan tidak sama seperti apa yang dirasai, mungkin kata-kata kemaafan yang diberikan tidak serupa dengan perasaan kemaafa yang sebenarnya.
Kita perlu benar-benar belajar dari sejarah, ada seorang ibu yang berkecil hati dengan anaknya yang mengutamakan menantu lebih dari dirinya dan rasululah saw mengarahkan para sahabat membakar anak tersebut sebelum anak tersebut mati bagi mengampunkan dosa-dosanya kerana ibu tidak mengampunkan dosanya. Maka apabila api telah dinyalakan siibu masih merasakan tidak mahu mnegmpunkan dosa anaknya tetapi apabila arahan rasul untuk menghumbankan anaknya kedalam api dan apa yang dikatakan oleh rasul pasti akan dilaksanakan barulah ibu tersebut memaafkan anak tersebut dan ketahuilah hati ibu terlalu sensitive, sukar untuk ibu mengampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita tidak berharap dengan melakukan permohonana bersungguh-sungguh kepadanya.
Tiada yang lebih berharga didalam hidup ini selain kita mendapat kecintaan dari Allah swt dan Rasulnya, keredaan ibu juga memainkan peranan yang begitu besar dan tidak salah jika kita memohon dan terus bermohon untuk mendapatkan keampunan dari seorang wanita yang bergelar ibu. Hidup kita mungkin terlalu rapat sehingga kita tidak merasai kesilapan yang pernah kita lakukan, kita merasai kasih dan sayang sehingga kita merasakan tiada perkara yang silap yang telah kita lakukan. Namun bagi seorang ibu mungkin apa yang kita lakukan selalu akan dimaafkan tetapi mungkin ada satu atau dua yang begitu menguriskan hati tidak akan dapat dimaafkan sama sekali, apakah yang mungkin akan berlaku sekiranya apabila mereka meninggal dunia dengan tidak memaafkan diri kita dan kita terus hidup sebagai anak yang dehaka, alangkah ruginya hidup kita sekiranya tiada kemaafan terhadap diri kita dari seorang yang mengasihi dan menyayangi kita kerana kita tidak sangguh menghadapi reality untuk memohon maaf kepada ibu sendiri.
Marilah kita menyemak kembali kehidupan yang begitu sementara ini agar ia benar-benar akan memberikan erti yang terbaik buat kehidupan yang sementara ini. Amin
0 comments:
Post a Comment