Keindahan yang dicari-cari mungkin terlalu sukar untuk digapai, mungkin ia datang tanpa di minta, mungkin ia selalu saling berganti didalam kehidupan yang sementara, keindahan akan memberikan ketenangan di dalam kehidupan. Semuanya adalah suatu ujian yang diberikan untuk melihat sejauhmana kita mampu untuk merasai nikmat Allah swt yang begitu banyak untuk menguji sejauh mana kita dapat bersyukur.
Apabila kita melihat keindahan atau melukiskan keindahan didalam pemikiran, kita akan dapat merasainya kerana kita mahukan keindahan itu bersama-sama dengan kita. Apakah seorang yang hodoh telah tidak ada peluang untuk merasai kemanisan keindahan? Tentu sekali tidak, begitu juga yang buta apakah tidak akan merasai kemanisan keindahan hidup di dunia ini? Oleh sebab itu keindahan ini apabila kita menerima segala pemberian Allah swt dengan perasaan bersyukur dan mahukan agar apa yang diberikan memberikan kebaikan kepada kehidupan.
Allah swt yang maha sempurna dan maha adil tentu sekali akan memberikan segala-gala yang ada di bumi ini untuk kebaikan dan memberikan peluang untuk kita mempelajari dan memperbetulkan kehidupan kita. Cara kita memandang apa yang berlaku perlu mencari kemanisan dan kegembiraan. Sebagai contohnya peperang yang berlaku sekarang di gaza ? Apakah yang kita fikirkan? Suatu malapetaka? Suatu penginayaan? Suatu kezaliman? Kita perlu melihat segalanya adalah datang dari Allah swt dan Allah mahu kita melihat bagaimana janji Allah swt adalah benar dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu saudara-saudara kita dan kematian yang berlaku adalah satu anugerah Allah swt untuk mereka yang berjuang bagi mendapatkan surga Allah swt.
Alangkah beruntungnya mereka yang sahid kerana mereka disambut oleh bidadari yang disediakan oleh Allah swt bagi pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Mengapa kita perlu menangis tetapi kita perlu mengucapkan tahniah kerana mereka berjaya mendapatkan surga Allah swt dan berharap agar kita juga diberikan peluang suatu hari nanti untuk mendapat surga Allah apabila kita telah bersedia untuk menghadapai ujian yang disediakan oleh Allah swt.
Kesedihan suatu yang ada dalam diri manusia tetapi apabila kita hubungkan kepada Allah swt maka kesediahan akan pergi dan kegembiraan akan menyelubungi kehidupan kerana siapalah kita yang boleh mempertikaikan apa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Kita perlu berharap dan berdoa agar kita mendapatkan yang terbaik dan segala yang diperolehi adalah pemberian dari Allah swt dan tugas kita adalah melakukan yang terbaik mungkin yang boleh kita lakukan didalam kehiduapan ini. Kita perlu berusaha-berusaha dan berharap agar apa yang kita usahakan akan mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah swt. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment