Monday, March 16, 2009

Kesyukuran..Semoga Kita Bertemu Lagi Ramadhan

Assalammualikum dan salam sejahtera,


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, bergema menandakan kesyukuran yang di sebut di mulut tanda kegembiraan, Telah berlalu Ramadan yang penuh dengan kerberkatan untuk menjadikan diri kita mendapatkan taqwa yang dijanjikan oleh Allah swt. Namun apakah perasaan kita sekarang ini? Samada mendapatkan ketenangan dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah swt yang maha berkuasa dan maha penyayang. Jika masih belum merasai rasa kasih dan cinta kepada Allah swt yang esa, itu tanda kita masih lagi belum mendapatkan hubungan yang jelas dengan Allah swt dan tanda Allah swt menyagangi kita untuk kita lebih berusaha bagi mendapatkanya.



Kita masih diberikan umur untuk kita terus berusaha agar apa yang dirasai oleh para sahabat dapat kita rasai didalam kehidupan sebelum kita di panggil oleh Allah swt. Yang penting adalah kita berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah swt. Tiada siapa yang mahukan keburukan namun ia datang juga kepada kita dan sebenarnya apa sahaja yang datang samada buruk atau baik adalah ujian untuk melihat sejauh mana kita berharap hanya kepada ilahi. Semuanya ada yang terbaik yang ingin diberikan mungkin kita kata buruk tetapi Allah swt ingin melindungi kita daripada perkara yang lebih buruk maka diberikan sedikit kesukaran supaya kesukaran yang lebih besar tidak menimpa diri kita. Yang penting adalah kita berusaha memperbaiki apa yang telah berlaku agar ianya sentiasa selari dengan apa yang Allah swt inginkan dan meninggalkan segala larangannya.



Sebutan kebesaran berkumandangan 24 jam, sentiasa mengajak kepada kejayaan, sentiasa mengajak untuk kita mengabdikan diri kepada Allah swt yang maha esa, sentiasa mengiktirafkan kebenaran rasullulah dan keesaan Allah swt, sentiasa mengajak untuk solah dan bagaimanakah perasaan hati kita, apakah suara hati kita, kita mahu untuk kembali kepada Allah swt atau kita mahu melarikan diri kita dari Allah swt? Suara hati sentiasa mahukan yang terbaik namun tindakan kita sentiasa bertentangan tetapi pilihan ditangan kita untuk melakukan apa yang kita inginkan. Marilah kita kembali untuk mencari Allah swt untuk kehidupan yang sementara ini.


Apabila Hasan Basri di Tanya: Apakah rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab; Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang, Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya, Aku tahu Allah swt selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika Allah swt melihatku sedang dalam maksiat. Dan Aku tahu kematianitu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah swt.



Hadirmu di rindui, pergimu ramadan ditangisi ‘ Eid Al Mubarak! Minal Aidin wa Faizin, Maaf zahir & Batin

0 comments: