Monday, March 16, 2009

Bagaimana Kita Berfikir Mengubah Segala-galanya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Akal menyebabkan kita sentiasa berfikir dan ingin mencari yang terbaik didalam kehidupan. Adakah kita benar-benar mengunakan akal kita? Albert Enstain di katakana sebagai manusia yang bijak hanya mengunakan 3% otak yang diberikan leh Allah swt untuk berfikir dan sebagai manusia biasa kita dikatakan hanya mengunakan 1% otak kita. Oleh sebab itu ilmu yang ada ini hanya diibaratkan seperti sebatang pen yang dicelupkan kedalam laut dan air yang ada di mata pen itu adalah ilmu yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia.



Oleh itu adakah kita berfikiran positif apabila berlaku apasahaja didalam kehidupan kita? Apabila kita terjatuh didalam berjalan, kita marahkan jalan yang tak rata, kita salahkan orang yang tidak membaiki jalan, kita mencari sebab untuk marah yang tak tahu kepada siapa kita mahu melepaskanya. Kenapa kita tidak bersyukur kerana terjatuh tersebut menyebabkan kita terselamat dari kemalangan yang lebih teruk, dengan terjatuh dan cedera menyebabkan kita terpaksa duduk dirumah mungkin dua minggu dan telah menyelamatkan kita dari kemalangan yang menyebabkan kita mati atau cedera parah.



Seorang pemuda telah dapat menangkap seekor kuda dan semua orang berkata beruntungnya pemuda tersebut, jawabnya belum tentu lagi. Bila ia berlatih menunggang kuda tiba-tiba terjatuh dan patah kakinya. Semua orang berkata ruginya pemuda tersebut, Ia menjawab belum tentu lagi dan keesokan hari, askar diraja mencari pemuda-pemuda untuk dihantar ke medan perang dan didapati pemuda ini patah kaki dan ditinggalkan di kampong tersebut.



Adakah kita sentiasa berfikiran positif didalam apa sahaja yang kita lakukan? Bagi orang yang bersikap positif mereka tentu sekali akan bersungguh-sungguh untuk melakukan apa sahaja didalam kehidupan ini dan ia juga sentiasa berbaik sangka terhadap apa sahaja yang mereka perolehi, kita tidak lebih dari manusia yang telah diamanahkan untuk melakukan yang terbaik dan penentu kepada apa yang telah kita usahakan adalah Allah swt. Mungkin kita telah berusaha bersungguh tetapi tidak mencapai seperti apa yang kita idam-idamkan kerana Allah swt tahu apa yang terbaik buat diri kita. Apabila kita percaya Allah swt maha melihat kita perlu membuktikan dengan melakukan tugas-tugas yang diamanahakan dengan sebaik mungkin.



Apa yang kita fikirkan akan kita laksanakan, oleh sebab itu kita perlu berfikiran positif kerana ia akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan akan berjaya melukiskan kegembiraan didalam pemikiran untuk dilahirkan di dalam tindakan. Hanya orang yang gembira sahaja yang boleh mengembirakan orang lain. Allah hu alam

0 comments: