Kehidupan penuh dengan kegembiraan dan juga penderitaan, namun pemilihan yang betul akan memberikan kesan terhadap penghidupan yang kita lalui. Jika mahukan kegembiraan maka kegembiraan lebih hampir kepada diri kita dan kita mampu untuk mendapatkannya dimana sahaja kita berada dengan izin Allah swt. Apabila kita memperkatakan kekayaan, ada orang yang menilai dengan berapa jumlah nilai wang yang ada didalam simpanannya, ada pula yang menilai jumlah wang dan esset yang ada pada dirinya. Ada juga yang menilai jumlah anak yang ia ada, ada juga yang menilai dengan jumlah rumah sewa, ada pula menilai dengan jumlah kebun serta bilangan ternakan yang ada.
Tetapi adakah kita sedar sejauh mana harta yang kita ada sebenarnya harta yang mungkin kita miliki adalah harta yang boleh kita bawa untuk bertemu dengan Allah swt nanti. Betapa malangnya diri kita sekiranya kit adi dunia mempunyai harta yag begitu banyak tetapi bila berhadapan dengan Allah swt tiada harta yang dapat kita tunjukkan untuk kehidupan diakhirat nanti. Dimana kesudahan kehidupan amat perlu untuk kita fikirkan kerana walau apa sekalipun kita sekarang namun apabila tidak dapat kebaikan diakhirat sebenarnya persedian yang kita sediakan untuk kehidupan sebenar belum kita cari sebenarnya.
Berapa banyak harta yang kita ada namun adakah dengan harta tersebut akan dapat membeli surga Allah swt, atau kita sebenarnya tidak begitu yakin akan adanya surga Allah swt sehingga kita tidak benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Apakah kita sebenarnya meyakini akan kehidupan akhirat yang pasti akan tiba atau kita hanya percaya seperti percayanya kaum musrikin mekah terhadap hari akhirat namun tidak mahu benar-benar beriman kerana banyak lagi kehendak yang kita ingin lakukan di dunia ini.
Kalau kita rasa belum tibanya lagi untuk kita berubah, sebenarnya masa untuk mati tidak pernah melupakan diri kita, jika kita kata sekarang kita sibuk sebab kita masih belajar maka apabila kita berkerja kita juga tetap sibuk kerana kita memilih untuk menyebukkan diri kita dan tidak ada masa. Kita tunggu hingga pencen dan apabila pencen, kita juga sibuk dengan perkara-perkara lain seperti cucu dan lain-lain aktiviti. Mungkin kita sibuk menguruskan diri yang banyak berpenyakit untuk merawat diri yang terlantar dikatil-katil hospital. Masa sebenarnya ada iaitu sekarang dan lakukanlah sekarang sesuatu yang mungkin mengubah diri kita menjadi yang terbaik dan bermakna untuk kehidupan yang akan kita lalui setiap detik yang mendatang. Masa hanya setiap detik dan setiap detik pasti berlalu untuk menanti bagi diri kita melakukan yang terbaik buat isteri-isteri, anak-anak, sahabat, rakan, saudara dan semua manusia yang ada.
Kekayaan adalah milik Allah swt dan Allah swt mampu menjadikan seorang yang miskin menjadi kaya, seorang kaya menjadi papa, namun apa yang diberikan oleh Allah swt adalah untuk menguji hamba-hambanya samada tahu untuk bersyukur atau tidak didalam melalui kehidupan yang singkat ini. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment