Sebab dan akibat saling kait mengait diantara satu sama lain, Apa yang kita lakukan akan memberikan kesan terhadap hasil yang akan kita perolehi, Jika kita menanam padi tentu sahaja kita mungkin akan boleh menuainya suatu hari nanti, tapi sekiranya lalang yang kita biarkan tumbuh, walau pun ia tumbuh subur dan cantik kelihatannya namun ia tidak mungkin anak mengeluarkan padi untuk kita tuai nanti.
Kita adalah melaksanakan sebab dan keputusan adalah milik Allah swt. Kita boleh tersenyum dan tersenyum, tetapi yang mengikat hati-hati manusia adalah Allah swt, tetapi lumrahnya jika kita banyak senyum orang yang akan melihat kita juga boleh tersenyum dan memberikan respon yang baik buat diri kita. Sebab dan akibat suatu yang perlukan perhatikan bersungguh-sungguh, jika kita mahukan kebahagian kita perlu bertanya kepada diri kita sejauh mana kita cuba untuk memberikan kebahagian kepada orang lain. Sekiranya kita mampu untuk memberikan senyuman untuk orang lain maka orang lain juga mampu untuk memberikan senyuman kepada diri kita. Sekiranya kita mampu untuk berbaik sangka kepada orang lain maka orang lain juga akan berbaik sangka kepada diri kita.
Kita lebih hampir kepada apa yang kita fikirkan, jika kita rasa kita tidak mampu maka pada ketika itu banyak halangan dan kesukaran akan kita fikirkan dan akhirnya kita mengakui dan benar-benar merasai kesukaran itu memang ujud untuk menguji diri kita. Namun sebaliknya jika kita melihat segala kesukaran itu sebagai suatu perkara yang akan kita selesaikan jua maka kita akan berusaha untuk mencari jalan untuk menyelesaikkannya dan tentu sekali akhirnya kita Berjaya mengatasinya.
Lihatlah yang indah yang mungkin kita perolehi dari apa sahaja yang kita lakukan kerana samada kita sedar atau tidak, kerja-kerja yang perlu kita lakukan perlu juga kita lakukan jika tidak sekarang mungkin esok, mungkin di minggu hadapan, namun ia pasti perlu untuk kita lakukan. Oleh sebab itu sekiranya kita boleh melakukan apa sahaja yang akan kita lakukan dengan kegembiraan tentu sahaja akan menyebabkan kita tidak tertekan walaupun ianya suatu yang sukar pada pandangan semua orang yang melihak kita melakukannya. Bergembiralah dalam apa sahaja yang kita lakukan kerana ia adalah suatu yang menyeronokkan dan kita akan mencari jalan yang terbaik untuk melakukan kerja-kerja yang menyeronokkan.
Anda seorang ayah, seorang ibu, seorang pekerja, seorang Ketua, seorang kekasih, seorang pelajar, seorang kaya dan hartawan, seorang miskin atau seorang papa, semuanya adalah didalam pengetahuan Allah swt dan Allah swt mahu melihat bagaimana anda berbaik sangka kepadanya dengan berusaha untuk menjadikan apa sahaja mengikut kehendak dan hukumnya, jika seorang ayah bertanggungjawab terhadap anak-anak dan mendidiknya untuk mengenal Allah swt, begitu juga seorang ibu agar memberikan persediaan kepada anak-anak agar menjadi manusia yang takut kepada Allah swt, jika seorang Ketua memastikan pekerja melakukan kerja sebaik mungkin kerana kita adalah pegawai tuhan, jika seorang kekasih kita mencintai seseorang kerana ingin kebaikan dari allah swt, dimana semuanya adalah berpaksi kepada Allah swt untuk mentaati dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah swt. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment