Kesukaran selalu kita fikirkan di dalam kehidupan diri kita, kita selalu rasa betapa sukarnya kita untuk pulang berhari raya dikampong, betapa sukarnya kita untuk membaca beberapa buah buku agama yang baru kita beli dan akhirnya buku itu menjadi antara beberapa buah koleksi buku yang kita ada tanpa kit abaca pun isi kandungannya. Namun kita boleh pula membaca beberapa buah cerpin yang tidak kurang tebalnya berbanding buku agama yang begitu nipis sekali. Mengapa kita boleh melakukannya dan tidak mampu membaca buku agama walalu pun begitu nipis?
Persoalan perkara diatas hanya boleh dijawab oleh hati kita sendiri, bagaimana perasaan kita bila memegang buku cerpin atau novel, adakah kita merasai untuk mengetahui akan cerita yang di tulis di dalam novel tersebut? Kita menyediakaan perasaan, jiwa dan keseluruhan perasaan kita untuk menjiwa apa yang di tuliskan oleh penulis. Kita membacanya seolah-olah kita turut serta didalam novel tersebut dan sedang menghayati jalan cerita tersebut. Segala perasaan kita, kita berikan sehinggakan kadang kala kita terlupa untuk makan atau kita tidak sedar waktu telah menunjukkan jam 1 pagi, apabila kita sedar sudah pukul 1 pagi kita boleh bertolak ansur dengan diri kita sendiri untuk memberikan sedikit masa untuk kita terus membaca novel tersebut sebelum kita tidur, sedar-sedar sudah menunjukkan jam 3 pagi. Kita mungkin berhenti membaca kerana terlalu lewat dan sebaik-baik sahaja terjaga dari tidur setelah solah mungkin akan menyambung kembali membaca novel tersebut. Setelah habis membaca mungkin kita akan mencari muka-muka tertentu untuk diulang kembali pembacaan tersebut kerana kita begitu menghayati jalan cerita novel tersebut.
Mengapa begitu sikap kita terhadap pembacaan yang kita minati dan sebaliknya begitu sukar apabila membaca buku-buku agama? Mari kita merenung perjalanan didalam highway yang terlampir, jika kita rasa sukar, maka sukarlah kita, tetapi mereka yang terpaksa melaluinya akan menghadapi dengan penuh kesediaan dan mereka akan melalui dengan tabah walaupun begitu sukar pada pandangan kita. Bagi kita yang mempunyai highway yang cantik dan sempurna selalu merunggut kerana kesesakan lalu lintas, sebenarnya bagaimana kita mengawal diri kita adalah begitu penting sekali, sekiranya kita tidak terpengaruh dengan keadaan maka kita tidak akan tertekan dan segala yang berlaku adalah suatu yang baik buat diri kita. Mungkin kesesakan akan menjadikan kita lebih sabar menghadapi segala masalah, mungkin akan menjadikan kita seorang yang banyak berfikir, atau menjadikan kita seorang yang mencari ketenangan disebalik kesukaran atau menjadikan kita lebih matang dan mampu menghadapi apa sahaja situasi yang akan berlaku.
Sekiranya kita merasakan untuk mencapai kepada sesuatu kejayaan perlu menghadapi kesukaran mungkin ini akan menukarkan cara kita berfikir untuk mendapatkan iman perlu melalui begitu banyak kesukaran dan apa yang kita lalui selama ini belum cukup sukar untuk kita diberikan iman oleh Allah swt. Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan kemanisan keimanan. Apa yang kita lakukan mungkin terlalu sedikit dan kita perlu membuktikan yang kita benar-benar berhajat untuk mendapat erti iman yang sebenarnya dari Allah swt. Allah hu alam.
0 comments:
Post a Comment