Monday, March 16, 2009

Suatu Pilihan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Apakah pilihan kita, samada untuk bergembira atau menderita, kehidupan adalah suatu anugerah Allah swt kepada manusia, kita tidak meminta untuk dilahirkan tetapi semuanya telah ditentukan oleh Allah swt dengan tujuan tertentu, kita boleh menjadikan diri kita sentiasa gembira dan terus gembira sekiranya kita berjaya melukiskan kekegembiraan itu di pemikiran kita dahulu, sebaliknya kita akan terus berdukacita sekiranya kita tidak berjaya melukiskan kegembiraan didalam pemikiran kita.



Mengapa kita perlu memilih untuk berdukacita sedangkan kita boleh memilih untuk gembira dan terus gembira, mengapa kita menyesali apa yang telah berlaku sedangkan kita boleh berusaha untuk memperbaiki dan berharap kepada Allah swt terhadap apa yang telah terlanjur yang telah kita lakukan dan terus memohon keampunan dari Allah swt. Jadikan apa yang telah berlaku sebagai suatu yang perlu kita perbaiki dan semuga apa yang berlaku tidak akan di lakukan kembali tanda kita benar-benar bertaubat diatas segala kesilapan yang telah dilakukkan. Allah swt maha pengasih dan akan mengampunkan segala kesalahan yang telah dilakukan, sesungguhnya Allah swt maha pengampun lagi maha penyayang.


Kegembiraan suatu yang di kehendaki oleh semua manusia, namun ramai manusia yang berduka cita didalam kehidupan ini. Mengapa perlu berduka cita, sedangkan begitu banyak sebab untuk membolehkan kita bergembira, sekiranya kita rasa sedih, bukankah masih ada orang yang mengasihi kita, yang sanggup untuk berkorban buat diri kita, jika kita rasa susah, masih ramai lagi orang lain yang susah sehinggakan untuk makan pun belum tahu samada ada hari ini untuk mereka. Sekiranya kita rasa kita tidak dihargai, sedarlah bahawa allah swt sentiasa bergembira kepada hamba-hambanya yang redza kepada Allah swt diatas ujiannya. Sekiranya cinta tertolak bergembiralah kerana cinta dari Allah swt amat besar ertinya bagi sebuah kehidupan. Yang penting apakah sikap atau attitude anda terhadap Allah swt. Minta lah dari Allah swt yang memiiki segala-galanya, berharaplah kepada Allah swt yang mampu memberikan apa sahaja, berlindunglah kepada Allah swt kerana ia mampu memberikan perlindungan dari segala cubaan manusia dan saitan.


Ada seorang rakan yang telah mengidap kenser Rahim dan setelah kimo, doctor menjelaskan tiada kesan kepada kenser tersebut. Jawapan yang diberikan oleh beliau, semua dari Allah swt dan tentu ada yang baik disebalik segalanya, yang penting saya tidak perlu memikirkan tentang sakit ini kerana ianya suatu ujian yang perlu saya lalui dan saya perlu memikirkan banyak tugas dan peranan yang perlu saya lakukan didalam kehidupan ini untuk menjadi yang terbaik, menjadi isteri. Menjadi ibu, menjadi anak dan banyak lagi perkara yang perlu dan boleh saya lakukan. Mengapa saya perlu memikirkan tentang sakit yang diberikan oleh Allah swt ini setelah saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan berubat, namun tiada kesan dari rawatan maka saya hanya perlu menyerahkan kepada Allah swt yang memberikan sakit tersebut kepada saya samada untuk memberikan kembali kesihatan saya atau mengambil kembali diri saya. Yang penting sekali apakah saya boleh mendapatkan keredaan Allah swt, keredaan suami dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah swt.



Kita perlu bersyukur kerana tidak di uji sebegitu. Allah hu alam

0 comments: