Betapa kita beruntung dan tidak dipilih untuk hidup derita oleh Allah swt, kita tidak dipilih untuk melalui kehidupan yang sukar namun kita sentiasa beranggapan yang kita terlalu sukar melalui kehidupan ini, Lampiran pada kali ini mengisahkan kematian yang berlaku semasa pembahagian wang zakat yang berjumlah 30 ribu rp bagi setiap seorang yang merupakan sejumlah RM 10 duit Malaysia. 21 orang terbunuh hanya untuk mendapatkan wang zakat, alangkah beruntungnya kita telah dilahirkan di Malaysia dan kita tidak pernah meminta untuk dilahirkan di Malaysia namun Allah swt telah memberikan kesempatan untuk kita lahir di sini dan mendapatkan begitu banyak kebaikan yang telah diberikan oleh Allah swt.
Bayangkan betapa beruntungnya kita setiap hari begitu banyak makanan yang boleh kita makan dan rasanya penuh makan yang ada di dalam almari di dapur. Kita tidak meminta-minta dan ada sahaja rezeki yang boleh dimakan oleh kita setiap hari. Itu kita selalu merungut terhadap makan yang ada dihadapan kita dengan tidak puas hati sebab makan yang di masak atau di beli tidak mengikut selera kita. Berapa banyak mereka yang sentiasa kelaparan dan sentiasa berharap agar ada makan hari ini buat menyambung kehidupan buat esok.
Rakan-rakan yang mampu menerima email ini tentunya lebih baik dari mereka didalam berita ini. Bagaimanakah ucapan terima kasih kita kepada Allah swt, adakah kita benar-benar melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhkan segala larangannya? Adakah kita mencari segala yang terbaik kerana kita mahu membela agama Islam didalam kehidupan yang singkat ini. Samada kita sedar atau tidak kita pasti mati, mungkin cara kita mati tidaklah kerana berebut wang zakat, tetapi mana kita tahu tidak, mungkin begitu akan berlaku keatas diri kita juga dan hanya Allah swt yang mengetahuinya. Apakah cara kematian yang mungkin kita lalui adalah suatu yang tidak pasti namun kematian itu pasti tiba dan apabila tiba sudah tiada guna segala harta dan hanya amalan kita semasa hidup sahaja yang mampu untuk membantu diri kita.
Semuga kita menginsafi akan diri kita ini sebenarnya tidak lebih dari manusia yang sentiasa dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah swt dan Allah swt mahu melihat kita bagaimanakah sikap kita apabila mendapat kebaikan samada mahu dikongsikan atau kita berbangga atas apa yang kita ada. Allah hu alam.
0 comments:
Post a Comment