Monday, March 16, 2009

Apabila dosa tidak ditakuti

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Apakah dosa dalam pemahaman diri kita, adakah ia hanya sebagai suatu titik hitam didalam kehidupan kita yang mungkin boleh dibersihkan pada bila-bila masa sahaja. Apakah pengertian yang kita yakini atau kita sedari didalam kehidupan kita berhubung dengan perkataan dosa. Ramai yang menyedari telah melakukan dosa tetapi tidak ambil kisah kerana tidak merasai akan akibat yang akan ditanggung dengan dosa yang dilaksanakan.



Kita boleh menipu seseorang begitu mudah dan tidak kisah akibat dari penipuan yang dilaksanakan, kita boleh mengumpat seseorang dengan tidak takut akan akibat terhadap apa yang kita lakukan, kita boleh menginaya seseorang tanpa rasa bersalah dan kita boleh melanggar perintah Allah swt tanpa merasai akan kehadiran Allah swt dimana sahaja kita berada. Ini semua kerana kekurangan ilmu yang ada didalam diri kita. Sekiranya kita menyedari bahawa dosa itu adalah antara sebab-sebab kita boleh dibakar dengan suatu kepanasan sehingga mencapai ribuan darjah C. mungkin kita berfikir kembali samada akan melakukan dosa atau tidak, sekiranya kita menyedari bahawa kulit-kulit kita akan dibakar sehingga hangus dan kemudian akan dipulihkan kembali dan kemudian dibakar kembali bagi membolehkan kita merasai akan hebatnya siksaan dari Allah swt.



Tanpa ilmu kita tidak kisah tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan, kita tidak risau dan takut malah mengambil mudah segala yang berlalu seakan-akan kita tidak tergulung dengan apa yang akan berlaku diakhirat nanti. Kita merasakan akan mendapat yang mudah dan mendapat surga allah swt. Apakah yang memastikan yang kita akan mendapatkan surga dari Allah swt, apakah yang telah kita lakukan yang mungkin menjanjikan kita akan mendapat Rahmat dari Allah swt dan Berjaya akan dapat memasuki surga Allah swt.



Sekiranya kita tidak memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan dimanakah pengakhiran kita, maka kita perlu mencari ilmu untuk membantu kita agar dapat menyelamatkan hidup di akhirat kelak, berapa banyak buku yang kit abaca untuk menyelamatkan diri kita? Berapa banyak al Quran yang telah kita baca, berapa banyak pula yang kita amalkan dan berapa banyak pula kita pandang dengan sepi da biarkan tanpa mengerakkan hati agar menjadi cinta kepada Allah swt dan cinta kepada rasulullah saw. Marilah kita sama-sama mencari ilmu untuk menjadikan diri kita berbeza untuk menjadi hamba-hamba yang akan diredai Allah swt. Amin.

0 comments: