Monday, March 16, 2009

Ketenangan Dimanakan Ku Cari

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Ketenangan merupakan suatu anugerah Allah swt kepada hamba-hambanya apabila hamba-hambanya dapat menghubungkan diri dan perasaan mereka kepada Allah swt. Mengapa kita sukar untuk menghubungkan diri kita dengan Allah swt? Kita mudah untuk menghubungkan diri dengan kerja, mudah menghubungkan diri dengan isteri, anak dan rakan. Kesukaran bermula kerana kita sendiri tidak pernah berfikir untuk menghubungkan diri kita dengan Allah swt.



Bayangkan sekiranya kita sentiasa membayangkan ciptan bumi dan langit, penciptaan manusia, penciptaan tumbuhan, penciptaan binatang ternak dan juga apa sahaja yang kita lihat di muka bumi ini, atau berfikir tentang perkara yang tidak terlihat tetapi boleh dirasai kehadirannya seperti udara, bintang-bintang, kuman dan lain ciptaan tuhan yang tidak mungkin kita terfikir oleh kita betapa sempurnanya. Apabila melihat kebesaran ini mungkin kita ada perasaan kerendahan diri untuk kita belajar mengenal Allah swt yang maha agung. Kita mungkin akan cuba untuk mencintaai Allah swt dengan sebenar-benar perasaan untuk mencintaiNya. Mungkin akan lahir suatu penyerahan dan mengakui segala kelemahan yang ada pada diri kita.



Kecintaan yang mendorong kita untuk meneliti apa yang pernah diturunkan kepada rasulullah saw iaitu Al Quran. Tanpa memahaminya kita sukar untuk mendapatkan panduan didalam kehidupan kita. Jika kita tersesat mengapa kita perlu mencari pandu arah, atau mencari orang yang boleh menunjukkan jalan yang betul. Didalam kehidupan ini mengapa kita tidak tertanya apakah sebenarnya panduan kehidupan yang perlu aku lakukan untuk mendapat keselamatan bagi kehidupan ini. Apakah kehidupan ini hanya suatu kehidupan tanpa apa-apa panduan untuk kita ikuti. Sekiranya kita yakin tentu ada panduan, mengapa pula kita tidak mengunakan panduan tersebut untuk mendapatkan yang terbaik bagi kehidupan kita di dunia ini. Mengapa kita mencuba-cuba untuk mencari yang terbaik sedangkan Al Quran yang menceritakan segala-galanya ada dihadapan kita untuk kita menjadikan panduan kehidupan.



Berapa kerap kita mengkaji panduan Al Quran yang diberikan kepada diri kita? Jika terlalu jarang bagaimana mungkin kita akan dapat menghubungkan diri kita dengan Allah swt yang menurunkan panduan tersebut. Jika kita sukar untuk menghubungkan diri kita dengan Allah swt maka amat sukarlah ketenangan yang kita cari itu akan dapat menyinari kehidupan buat diri kita. Kita akan tercari-cari di sebalik TV, di sebalik video untuk mendapatkan ketenangan namun tidak ketemu juga. Kita cuba mencari aktiviti-aktiviti yang kita rasakan akan mengembirakan diri kita namun akhirnya merugikan dan membinasakan diri sendiri. Ini semua bermula dari kesilapan untuk kita mencari penyelesaian didalam mencari ketenangan yang amat-amat kita perlukan. Semuga kita diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt yang maha berkuasa memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Amin

0 comments: