Siapakah yang menciptakan bumi, satu persoalan yang rata-rata akan dijawab oleh manusia adalah tuhan dan Islam menjelaskan Allah swt. Tidak dapat dipertikaikan atau diragui bahawa Allah swt yang mencipta BUMI dan alam semesta ini. Begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh kaum kafirun mekah apabila ditanya kepada mereka siapakah yang menjadikan BUMI. Persoalannya apabila kita membeli sebuah kereta yang cantik dan kita menghadapi masalah terhadap kenderaan itu tentu sekali kita mat-amat memerlukan panduan cara mengunakanya, atau kita akan bertanya kepada orang yang arif terhadap kenderaan itu untuk mengetahui bagaimana mengunakan atau mengatasi masalah yang sedang kita hadapi. Orang yang arif itu tentu mungkin ada pengalaman terhadap kenderaan tersebut atau perkerja kilang kenderaan tersebut atau pernah berpengalaman membaiki kenderaan tersebut.
Apabila kita diberikan kesempatan untuk hidup dan Allah swt yang memberikan kesempatan untuk kita menikmati segala-galanya adakah kita terfikir untuk mencari panduan untuk melalui kehidupan ini agar ianya sempurna seperti yang dikehendaki oleh pencipta manusia itu sendiri. Kehidupan kita terlalu sempurna dan tidak mungkin ianya dilakukan atau tercipta dengan sendirinya. Didalam alquran yang telah diturunkan 1400 tahun dahulu tercatit segala rahsia penciptaan manusia, di gambarkan dengan jelas bagaimana manusia di ciptakan terperinci daripada seperma sehinggalah keluar sebagai bayi. Adakah mungkin manusia biasa 1400 tahun lalu dapat menceritakan segalanya dengan tepat tanpa bersalahan dengan sain sekarang. Tentunya ini adalah suatu kebenaran yang datang dari Allah swt dan kita perlu banyak berhubung dengan Allah swt untuk membetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan didalam kehidupan ini.
Sekiranya kita mahu mencari pandangan dan berbincang tentu sekali kita perlu mencari Allah swt untuk kita berkata-kata dan mendapatkan jawapan melalui kitabnya. Sesungguhnya Allah swt menjelaskan kitab Al Quran itu sebuah kitab yang tiada keraguan didalamnya dan merupakan petunjuk kepada orang-orang yang beriman. Tiada sebuah buku pun yang ditulis oleh seorang manusia yang menyatakan bahawa segala yang di tulis adalah benar dan tepat, tentu ada sahaja pandangan dan kesilapan yang dinyatakan atau boleh dikesan oleh penulis atau pembaca yang lain. Tetapi Al Quran yang telah berada 1400 tahun tidak pernah ada kesilapan dan ianya merentasi Zaman, semua penemuan yang diperolehi sentiasa membenarkan apa yang terkandung didalamnya.
Marilah kita merenung tindakan kehidupan seharian kita sejauh mana kita telah berusaha untuk mengenal Allah swt dan menjadi hamba-hambaNya yang menyerahkan diri kita untuk benar-benar takut dan mencari surga serta cuba menjauhkan dari siksaan Api neraka. Mari kita belajar untuk berkata-kata dengan Allah swt agar kita sentiasa insaf dan merasakan rendah diri serta hanya berharap untuk mendapat keredaan Allah swt didalam kehidupan yang sementara ini. Segala yang ada akan kita tinggalkan dan yang ada adalah apa yang kita lakukan untuk mendapat Rahmat seperti sedekah yang ikhlas, ilmu yang diajarkan dengan rendah diri serta keikhlasan semata-mata. Semuga anak-anak yang akan kita tinggalkan akan menjadi penambah pahala yang berterusan didalam kehidupan kita nanti di alam kubur yang tidak tahu berapa lama perlu kita laluinya. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment