Apakah tujuan kehidupan? Bagaimana kita perlu melaluinya, apakah panduan yang kita ada, kemanakah akhirnya kehidupan, apakah ertinya kehidupan selepas kematian, Apakah balasan baik dan buruk terhadap apa yang kita telah lakukan? Semua ini merupakan persoalan-persoalan yang perlu bermain didalam pemikiran sekiranya kita orang yang bijak. Ini disebabkan Allah swt mempersoalkan manusia, tentang tidakkah kamu berfikir, nikmat tuhan kamu manakah yang kamu lupakan, tidakkah kamu mengunakan akal dan berbagai-bagai lagi persoalan tentang keperluan kita mengunakan akal untuk memikirkan akan tujuan kehadiran kita di muka bumi ini.
Mari kita renungkan peranan yang telah kita lakukan selama ini, apakah yang telah kita laksanakan, apakah yang telah kita lakukan, apakah yang telah kita perjuangkan, apakah yang kita kagumkan, apakah yang telah kita hormati, apakah yang telah kita cari, apakah yang telah pelajari, apakah yang telah kita palsukan, apakah yang telah kita rosakkan. Apakah yang telah kita….. Semuanya hanya akan kita jawap di hadapan Allah swt nanti di hari perbicaraan dimana mulut tidak akan berkata tetapi semua anggota akan mengaku apa yang telah kita lakukan dan pada ketika itu tiada bicara palsu , tiada penipuan dan semuanya adalah benar.
Jika di dunia apabila kita melakukan kesalahan atau kesilapan dan kemudian diketahi oleh manusia mungkin kita begitu malu sekali kerana segala kejahatan yang kita lakukan di ketahui oleh semua orang, lagi-lagi sekiranya keluar di muka akhbar yang menceritakan keburukan yang telah kita lakukan. Mungkin jika boleh kita tidak mahu mempunyai muka lagi pada masa itu agar orang tidak mengenali kita, mungkin kita akan menutup muka dengan apa sahaja agar gambar kita tidak diambil oleh pemberita. Tetapi adakah kita sedar bahawa di akhirat nanti sudah tiada tempat untuk kita bersembunyi, segala yang kita lakukan mungkin kelihatan baik tetapi Allah swt akan membukakan apa yang ad adi hati kita samada kita ikhlas atau ada di sebaliknya niat-niat yang tidak dikehendaki oleh Allah swt. Kita akan ditelanjangkan semuanya terhadap apa yang telah kita lakukan dan pada masa itu, tiada rasa malu tetapi ketakutan yang mungkin sudah tidak bererti lagi.
Oleh sebab itu adalah bijak jika kita mencari sesuatu yang terbaik sekarang dan tidak bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan yang terbaik dari Allah swt, marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan janji-janji Allah swt. Amin
0 comments:
Post a Comment