Monday, March 16, 2009

Berfikiran terbuka adakah kita merasainya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Menerima seadanya adalah suatu yang perlu kita perhatikan untuk mendapatkan ketengan didalam kehidupan berumah tangga. Semua orang inginkan yang terbaik dan sempurna namun apabila telah berumah tangga baru sisuami menemui kelemahan si isteri dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing mempunyai harapan yang tinggi tetapi apa yang diharapkan tidak kunjung tiba.


Senang untuk memperkatakan kita perlu berbaik sangka tetapi adakah kita sedar untuk berbaik sangka memerlukan diri kita dahulu berbaik sangka terhadap apa sahaja baru orang lain boleh berbaik sangka kepada diri kita pula. Ianya seperti melakukan yang baik maka yang baik juga akan kembali kepada diri kita. Apabila kita melakukan yang buruk maka tanpa kita sedari yang buruk itu pasti akan kembali kerana Allah swt maha adil dan akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan setimpal dengan apa yang pernah kita lakukan.



Saya ada memerhatikan seorang ibu yang menjaga cucunya, kini sudah dua orang cucunya dijaganya dan dia sering mengeluh dengan menyatakan mungkin ini adalah balasan Allah swt kerana aku dahulu meminta ibu menjaga bayi yang ku lahirkan semasa aku sambung belajar dan sekarang anakku pula menyuruh aku menjaga bayinya keran dia masih belajar lagi. Rupanya apa yang kita lontarkan akan kembali semula kepada diri kita sendiri.



Apabila kita memperkatakan berfikiran terbuka, sejauh mana kita boleh berbicara secara terbuka untuk menegur isteri atau suami dengan hikmah, bersedia mendengar apabila di tegur oleh isteri atau suami atau oleh anak kita. Apakah kita lebih cepat untuk mengelak dari ditegur atau kita bersedia menerima apa sahaja yang dikatakan oleh orang lain terhadap diri kita dan menjadikan maklumat baru tersebut untuk memperbaiki diri kita. Apabila kita marah kepada seseorang, apakah dasar kemarahan kita? Apakah kita marah kerana kita tidak suka apa yang dilakukannya kerana mereka tidak menghormati diri kita atau kita tidak suka kerana apa yang dilakukan bertentangan dengan suruhan Allah swt.



Nilai dan asas kepada apa yang kita lakukan perlu jelas kerana apa yang kita lakukan sebenarnya akan dipertanggungjawabkan kepada diri kita dan akan dipersoalkan didalam kehidupan diakhirat nanti. Jika kita lakukan tidak ikhlas sebenarnya segala-galanya tidak berguna kerana bukan kerana Allah swt. Oleh sebab itu apa yang kita lakukan perlulah berdasarkan kepada nilai yang betul, jika marah kerana Allah swt, jika suka kerana Allah swt, jika menegur kerana Allah swt barulah apa yang kita lakukan kita akan fikirkan untuk kebaikkan bukan kerana nafsu. Allah hu alam.

0 comments: