Monday, March 16, 2009

Kesempurnaan Bermula Dari Diri Sendiri

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Solah salah satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam, adakah solat yang kita lakukan ini sama seperti ibadat yang dilakukan oleh orang yang tidak beragama islam? Jika orang keristian ke Gereja, orang hindu ke kuil dan orang islam kemasjid. Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara ini? Pertama yang perlu kita fikirkkan adakah solah yang kita lakukan akkan memberikan kesan kepada kehidupan kita? Adakah dengan melakukan solah ini akan menyebabkan kita dijauhkan dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah swt?



Bagaimanakah kita melaksanakan ibadah kita, adakah kita bersungguh-sungguh melaksanakanya atau sekadar untuk menunaikan kerana kita seorang Islam. Adakah kita benar-benar merasakan ini suatu tanggung jawab kepada Allah swt kerana begitu banyak kebaikan yang telah diberikan oleh Allah swt kepada kita atau sekadar menunaikan kerana kita telah melaksanakan sekian lama sebelum ini. Apakah keyakinan kita semasa kita melaksanakan solah, adakah kita merasakan betapa bersyukurnya kita dapat menghadapkan diri kita kehadapan Allah swt untuk memuji dengan sebenar-benar pujian, menyerah dengan sebenar-benar penyerahan agar segala apa sahaja yang kita lakukan akan kita letakkan Allah swt dihadapan kita. Adakah kita solah untuk mengucapkan kesyukuran dan pengakuan yang kita adalah benar-benar hamba Allah swt yang sebagai hamba kita bersedia untuk menyerahkan jiwa dan perasaan ini untuk Allah swt dan mahukan kebesaran, keyakinan dan keagungan Allah swt akan kita lahirkan didalam kehidupan ini.



Apabila kita dipanggil oleh seorang raja untuk menhadiri majlis yang diadakan, bagaimanakah persiapan diri yang kita telah lakukan? Tentu sekali kita mempunyai perasaan yang begitu gembira kerana telah diberikan penghormatan untuk hadir, kita tunjukkan dengan memilih pakaian yang terbaik, kita jika boleh mahu memberitahu kepada dunia bahawa kita telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Mungkin kita tidak sabar-sabar untuk menanti saat yang bergitu bersejarah didalam kehidupan kita. Mari kita berbalik semula kepada panggilan Alllah swt yang telah menjadikan diri kita, yang mampu mematikan diri kita, yang telah memberikkan segala-gala di dalam kehidupan kita, kita terlalu sibuk sehingga tergesa-gesa melaksanakan suruhannya, kadang kala hampir terlupa kerana kesibukan yang ada. Kita laksanakan tanpa perasaan sehinggakan kita lupa berapa rakaat atau tidak sedar kerana fikiran sentiasa berputar memikirkan kerja yang ditinggalkan tadi sehingga tersentak apabila imam memberikan salam.



Dimanakah kesungguhan kita? Dimana kesediaan kita, dimana hati kita? Ianya bermula dari apa yang kita fikirkan tentang Islam itu sendiri, adakah kita benar-benar berfikir tentang kebesaran Allah swt didalam kehidupan kita, adakah kita sentiasa bertanya atau tertanya apakah sebenarnya tujuan kita dilahirkan, dari mana kita datang, apa yang perlu kita lakukan dan kemana tujuan penghidupan ini, adakah persoalan ini sentiasa bermain didalam pemikiran kita yang akan melahirkan suatu perasaan didalam hati kita untuk mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt dan dilaksanakan segala kepercayaan itu didalam tindakan kehidupan diri kita. Sesungguhnya rasulullah saw adalah pesuruh Allah swt. Apakah perasaan cinta telah berputik terhadap Allah swt dan rasulnya? Sehingga cinta itu yang akan mengikat hati yang ada untuk mengutamakan yang dicintainya (Allah dan Rasul) didalam kehidupan ini. Semuga kita sentiasa berdoa dan berharap untuk mendapat cinta allah swt dan sentiasa mencintai rasulullah saw. Amin

0 comments: