Monday, March 16, 2009

Kesempurnaan Memerlukan Pengorbanan Menuju Terbaik

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Bagaimana kita melihat kehidupan yang kita lalui ini samada dengan bersikap positif dan penuh kegembiraan? Adakah kita sedar betapa beruntungnya kehidupan yang telah diberikan kepada diri kita? Betapa sempurnanya kita berbanding dengan ramai lagi manusia yang telah dilahirkan cacat atau kekurangan sifat tubuh badan. Namun ramai lagi yang mengeluh dengan apa yang ada dan tidak pernah bersyukur terhadap apa yang kita miliki.



Kita selalu mambandingkan dengan orang yang lebih baik dari kita, beruntungnya mereka kerana boleh belajar sehingga menjadi doctor, beruntungnya mereka kerana boleh menjadi ahli sukan yang berjaya, beruntungnya mereka kerana di berikan peluang untuk lawatan sambil belajar dan banyak lagi rasa-rasa beruntung yang telah kita berikan kepada orang lain. Tetapi mengapa kita tidak berkata betapa beruntungnya diri kita kerana mempunyai tubuh badan yang sempurna dan dapat melakukan banyak perkara yang tidak dapat dilakukan oleh mereka yang cacat. Betapa beruntungnya kita kerana mempunyai anak yang ramai untuk membantu kita semasa kita tua nanti berbanding dengan orang yang tidak mempunyai anak, betapa beruntuknya kita kerana mempunyai kereta tua yang mampu membawa kita kemana sahaja berbanding dengan orang yang tidak mempunyai kereta. Beruntungnya kita hari ini di tegur oleh boss atas kesilapan kita semuga kita tidak melakukan kesilapan yang lebih besar kemudian. Kesempurnaan akan diperolehi apabila kita menerima apa yang ada dengan sifat terbuka dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dari masa kesemasa.



Sebenarnya apa yang tetap berlaku akan pasti berlaku dan sebagai manusia kita hanya melakukan sebab-sebab untuk perkara itu berlaku dan hanya Allah swt yang menentukan hasilnya. Sebagai manusia yang merasakan Allah swt maha melihat kita wajib dan perlu melakukan yang terbaik dan Allah swt maha mengetahui apakah hasil yang terbaik yang patut kita perolehi. Kita perlu berbaik sangka dengan Allah swt selepas kita melakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik namun segala-gala adalah pemberian dari Allah swt. Kita tidak wajar memerintah allah swt untuk memberikan apa sahaja yang kita kehendaki, yang penting adalah kita berharap dengan Allah swt agar memberikan yang terbaik seperti yang kita harapkan, namun selepas berharap dan berdoa kita masih tidak mendapatkan apa yang diharapkan, ini tentu sahaja ada yang terbaik disebalik segala apa yang berlaku.



Semua orang mahukan yang terbaik namun adakalanya sesuatu yang buruk tetap berlaku keatas diri kita, inilah kehidupan yang penuh ujian untuk melihat sejauh mana kita amat berharap kepada Allah swt. Kita selalu terfikir jika mendapat yang baik ia adalah dari usaha kita tetapi sebenarnya segala apa yang kita perolehi tidak lebih dari ujian untuk melihat kita sejauh mana kita bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah swt yang banyak itu. Allah swt mampu memberikan segalanya dan juga mampu menarik segalanya, maka mengapa kita tidak berserah kepada Allah swt. Allah hu alam.

0 comments: