Monday, March 16, 2009

Bantu Membantu Suatu Keperluan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Apa rasa hati kita, apa bicara hati kita, apabila kita melihat suatu yang buruk atau yang sedih atau yang memerlukan bantuan, adakah kita akan ringan tangan untuk membantu atua kita berfikir mungkin ada orang lain yang akan membantu mereka atau mungkin mereka telah menghubungi orang lain dan bantua akan tiba tidak lama lagi. Semua ini akan memberikan kesan kepada kehidupan kita, setiap sebab akan melahirkan akibat, apabila kita melihat sesuatu dengan positif ia akan memberikan suatu dorongan untuk kita melakukan pengorbanan. Sebaliknya jika kita melihat dengan negetif ia akan menyebabkan kita tidak berusaha atau menjauhkan diri dari terlibat atau berkorban.



Saya ingin berkongsi sebuah cerita pengalaman saya semalam didalam penerbangan dari kuala Terengganu ke KL, Seperti biasa apabila saya didalam penerbangan atau menanti untuk penerbanagan saya akan mengunakan masa itu untuk berkenalan dengan orang yang duduk disebelah saya, saya telah duduk di kerusi saya dan tiba-tiba saya lihat seorang lelaki cina ingin mengambil tempat disebelah saya, seperti kebiasaan saya akan cuba untuk mencuri-curi pandang kad keratan tiket kapalterbang untuk mengetahui siapakah nama orang yang akan duduk disebelah saya. Saya dapati namanya LIM, apabila beliau telah duduk dengan selesa, saya pun berkata kepadanya bertanya khabar, How are you Mr Lim? Dia kelihatan bersahaja sahaja, selalunya penumpang-penumpang lain yang saya gunakan teknik ini akan terperanjat dan bertanya adakah kita pernah bertemu dan bermulalah perbualan saya. Tetapi bagi penumpang ini ada kelainan sedikit, ia begitu friendly dan kami terus berbual. Saya bertanya adakah anda seorang politician, ia berkata ia. Dan saya berbincang berkenaan budaya, pandangan berhubung malaysia dan lain-lain.



Dalam menjawap soalan tersebut saya dapati beliau seorang yang mempunyai ilmu politik yang baik dan kelihatan begitu penat dan akhirnya menjawab soalan saya sambil memejamkan mata, apabila melihat keadaan ini saya pun turut memejamkan mata dan tertidur. Apabila hampir sampai kami berbual sedikit dan saling menukarkan kad nama dan pada ketika itu saya baru sedar yang saya berbual dengan En Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang. Saya sebenarnya tidak menjangkakan seorang ketua menteri boleh duduk di kelas ekonomi untuk penerbangan dalam negeri walaupun mirip wajahnya saya lihat seperti ketua menteri P pinang.



Saya terfikir jika seorang ketua menteri boleh menurunkan ego dirinya, siapakah kita sekiranya kita masih mempunyai sikap bongkak, atau mahu berbangga diri antara kita sesama kita di dalam organisasi yang kita duduk bersama untuk mencapai tujuan yang sama. Lagi lebih penting seorang Islam perlu merasakan yang perlu dibanggakan adalah apabila kita melihat hukum allah swt dilaksanakan, Hanya Allah swt yang boleh mempunyai sifat membanggakan Dirinya, dan kita perlu merendah diri kepada Allah swt. Sejauhmanakah kita telah merasainya. Allah hu alam.

0 comments: