Apa sahaja yang berlaku semestinya ada sesuatu yang baik yang perlu kita fikirkan untuk menjadikan kita lebih berhubung dengan Allah swt. Yang telah berlalu adalah suatu yang tidak mungkin akan kembali lagi dan terus akan meninggalkan kita. Masa begitu pantas berlalu dan kita perlu mencari yang terbaik buat kehidupan kita kerana kita hanya mempunyai masa sekarang untuk melakukan yang terbaik, masa esok belum tentu milik kita lagi kerana bila-bila masa sahaja kita boleh dipanggil oleh Allah swt untuk kembali kepadaNya.
Sejauh mana kita berbaik sangka kepada Allah swt, sejauh mana pula kita sentiasa menyesali apa yang berlaku? Adakah kita terfikir bahawa apa sahaja yang berlaku semuanya adalah didalam pengetahuan Allah swt dan Allah yang menjadikanya. Oleh sebab itu apa yang berlaku adalah suatu ujian untuk melihat bagaimana sikap kita apabila melaluinya. Adakah kita berbaik sangka dengan Allah swt dan cuba melakukan yang terbaik selepas kita menerima kegagalan dan kita hanya orang-orang yang melakukan sebab tetapi keputusan adalah milik Allah swt.
Sejauh mana kita tetap terus berusaha dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik? Sejauh mana kita menyerahkan kepada Allah swt segala usaha yang kita lakukan, adakah selepas kita berusaha bersungguh-sungguh kita mesti mendapatkan hasilnya? Tentu sekali tidak kita hanya berusaha sahaja dan Allah swt yang menentukanya. Kita hanya menanam padi tetapi samada kita akan menuai padi atau tidak bukan kita yang akan dapat memastikanya, kita boleh berusaha untuk membaja, berusaha untuk menjauhkan binatang perosak dan apa sahaja untuk mendapatkan hasil yang banyak namun segalanya adalah didalam ketentuan Allah swt untuk memberikan hasil nya.
Ini bukan bermakna kita boleh lepas tangan dan berserah kepada Allah swt tanpa berusaha kerana semuanya Allah yang tentukan. Kita perlu berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi kerana ini menandakan kita percaya Allah swt maha melihat dan sebagai manusia kita mahu menunjukkan yang kita telah berusaha sebaik mungkin dan Allah swt yang menentukan apa yang hendak diberikannya kepada diri kita. Kita benar-benar berserah kepada Allah swt yang maha mengetahui dan maha bijaksana didalam memberikan ujian kepada setiap manusia. Kertas ujian yang disediakan olah Allah swt berbeza untuk setiap orang dan apabila kita telah lahir dan hidup sekarang samada kita sedar atau tidak kita sedang menduduki kertas peperiksaan tersebut.
Terlalu banyak ujian yang diberikan kepada manusia dan setiap seorang berbeza kertas soalannya. Namun adakah kita bersedia untuk lulus kertas ujian tersebut dan menyediakan benar-benar diri kita untuk menghadapinya? Semuga kita bermula untuk menjadi pencari ilmu Allah swt yang telah diberikan didalam Al Quran untuk kita lulus ujian yang disediakanya. Amin
0 comments:
Post a Comment