Selalu apa yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan. Ada sahaja yang kita inginkan tidak menjadi dan ada sahaja yang kita angankan tidak berlaku seperti yang diharapkan malah menjadi lebih teruk dan merugikan diri kita. Namun segalanya perlu ada yang terbaik dan yang berlaku adalah dari allah swt, mungkin kita rasa kurang baik buat kita tapi ianya apabila telah berlaku adalah dari Allah swt dan kita perlu merasakan tentu ada yang terbaik yang tersembunyi yang tidak kita ketahui disebaliknya.
Peperiksaan suatu yang sentiasa kita hadapi dengan perasaan yang berdebar-debar terutama apabila peperiksaan itu akan memberikan kesan yang besar didalam kehidupan kita, kita sentiasa berwaspada dan ingin mempersiapkan diri apabila menghadapi peperiksaan walaupun peperiksaan untuk lulus memandu kenderaan atau peperiksaan kesihatan, peperiksaan kenaikan pangkat dan lain-lain. Kita mahukan yang terbaik bagi keputusan peperiksaan tersebut.
Jika anak-anak kita mengambil peperiksaan samada UPSR, PMR atau SPM, kedua-dua ibu bapa merasakan ketidak selesaannya, namun adakah kita sedar yang kita sentiasa mengambil peperiksaan dari Allah swt, Allah swt sentiasa menyediakan kertas peperiksaan buat diri kita untuk kita menjawabnya dan memastikan kita lulus peperiksaan kita dengan cemerlang. Kertas itu khas buat setiap orang, tidak ada yang sama namun apakah kita menyediakan diri kita untuk menjawab kertas peperiksaan tersebut. Ada orang yang di uji dengan kematian, ada di uji dengan kegagalan, ada di uji dengan kejayaan, ada di uji dengan penderitaan, ada di uji dengan anak, ada di uji dengan isteri, ada di uji dengan bala, dan ujian Allah swt berbeza buat setiap orang.
Namun Allah swt mahu melihat kita lulus dengan ujian yang berbeza itu. Allah swt menyediakan surga bagi mereka yang Berjaya lulus peperiksaan yang diberikan dan balasan yang disediakan oleh Alllah swt adalah suatu balasan yang tidak mungkin kita dapat mengambarkannya betapa keindahan dan kebaikan yang disediakan. Apakah peperiksaan kita sekarang? Adakah kita telah memahami tentang deen kita? Kita bersyukur dengan pemberian dari Allah swt, Allah swt memberikan kita anak-anak, isteri-isteri, adik beradik, ibu , ayah, pekerja, kawan, rumah, pekerjaan dan lain-lain semuanya untuk menguji akan diri kita supaya benar-benar bersyukur dengan melakukan yang terbaik buat kehidupan yang tak sepanjang mana umurnya. Kita pasti mati dan apabila kita merenung ke cermin sedarlah bahawa wajah yang kita lihat itu adalah bakal-bakal yang akan melalui kematian dan telah dihukum dengan hukuman kematian.
Marilah kita kembali kepada Allah swt dengan kembali merenung Al Quran yang mungkin telah lama kita tinggalkan untuk kita pahami dan menjadikan Al Quran sebagai rujukan dan melembutkan hati kita yang keras. Allah hu alam.
0 comments:
Post a Comment