Monday, March 16, 2009

Kesihatan, Hadiah Allah SWT

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Sakit jantung selalu dan sering dikaitkan dengan kematian seseorang dengan tiba-tiba. Namun adakah kita menyedari bahawa apa yang berlaku sebenarnya telah ditentukan oleh Allah swt dan Allah swt mengetahui apakah sebenarnya yang ingin diberikan kepada mereka-mereka yang masih hidup untuk mereka pelajari. Allah swt mahu memberikan kesedaran bagi mereka yang masih hidup agar bersyukur dengan tubuh badan yang dipinjamkan dan kita harus menjaga tubuh badan yang dipinjamkan itu dengan melakukan senaman.



Kita tahu jika kita kurang bersenam LDL akan meningkat dan HDL akan menurun, kita sedar bahawa kesihatan yang kita miliki adalah berkait rapat dengan cara pemakanan yang telah kita lakukan, namun bila kita makan, kita akan makan seolah-olah tidak akan memberikan kesan kepada tubuh badan apa yang kita makan. Adakah cirri-ciri makanan yang kita pilih? adakah yang memberikan khasiat yang kita pilih atau yang halal dan bersih menjadikan keutamaan kita. Adakah kita sedar atau tidak makanan yang tidak halal akan memberikan kesan kepada kehidupan kita di dunia dan juga akhirat. Mungkin kita telah memeriksa akan makanan yang kita akan makan tetapi adakah kita sedar kadang kala kita bersikap lebih kurang dan mengambil sambil lewa terhadap apa sahaja yang kita makan.


Kita selalu berfikir jika makanan itu di jual oleh kedai makan Islam ianya baik tanpa kita kisah walaupun pekerja mereka tidak Islam. Ini akan berlaku apabila kita singgah di kedai-kedai mamak sekarang dimana kebanyakan pekerja mereka adalah bukan islam mungkin kerana kos operasi lebih murah. Bukan lebih baik jika kita memakan makanan dengan dimulakan dengan nama Allah dan begitu juga jika dimasak dengan bacaan nama Allah swt dan lebih baik jika yang memasak ada menyebut nama Allah swt di dalam kehidupannya.



Apabila segelas air sejuk pun bila dibacakan nama-nama Allah swt di dapati aura yang ada adalah kelihatan indah berbanding dengan air yang diambil begitu sahaja tanpa di hubungkan dengan Allah swt. Ini hasil kajian sains. Oleh sebab itu marilah kita menjaga diri kita agar kita dapat memberikan yang terbaik untuk memberikan kesihatan dan menjaga hadiah dari Allah swt ini agar tidak rosak dan dapat berfungsi dengan baik untuk kita beribadah kepada Allah swt. Marilah kita mulakan senaman untuk melahirkan tubuh badan yang sihat dan yang pasti kematian itu pasti tiba samada kita sihat atau sakit. Tetapi kita perlu menjaga hadiah Allah swt ini agar kematian yang akan kita temui tidak menyusahkan orang lain di sekeliling kita. Allah hu Alam.

0 comments: