“Maha suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu” (Al Mulk:1)
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia maha perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al Mulk:2)
Dari kerajaan dan kehidupan dijadikan kematian untuk melihat bagaimanakah sikap kita apabila diberikan peluang samada mahu melakukkan yang terbaik di dalam kehidupan kita. Bumi mana yang tidak di timpa hujan, lidahkan tergigit, yang sihat pasti akan sakit dan yang hidup pasti akan mati, yang baik akan melakukan kesilapan dan Allah menyediakan pengampunan bagi mereka yang telah melakukan kesilapan. Sejauh mana kita apabila melakukan kesilapan berharap dan bermohon untuk mendapatkan keampunan dari Allah swt.
Apa sahaja yang berlaku bukanlah masalah kebetulan tanpa direncanakan, bukan permainan tanpa tujuan. Tetapi semua itu adalah ujian untuk menampakan apa yang tersembunyi dalam ilmu Allah mengenai perilaku manuisa di muka bumi dan kerberhakan mereka terhadap balasan amal mereka. ‘… Supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalanya…’
Ini akan menyebabkan hati sentiasa sedar, hati-hati, memperhatikan dan merenungkan segala sesuatu yang kecil dan yang besar, di dalam niat yang tersembunyi dan didalam perbuatan yang nyata, tidak membiarkan hati lengah dan bersantai atau bersenang-senang. “…Dia maha perkasa lagi Maha Pengampun” akan memberikan ketenangan di dalam hati yang selalu memperhatikan Allah swt dan takut hanya kepada Allah swt.
Hati menyedari yang hakikat selalu di uji dan ianya juga menyedari apabila melakukan kesilapan perlu cepat-cepat memohon keampunan kepada Allah swt kerana hanya Allah swt sahaja yang maha pengampun. Bagaimanakah kita merasai hakikat ini? Apakah setiap tindakan kita hati akan tertaut dengan Allah swt? Dan apabila terlalai kita memohon keampuanan kepada Alalh swt, menyedari untuk memperbaiki adalah lebih baik dari tidak menyedari langsung dan manusia adalah amat memerlukan hubungan dengan Allah swt. Allah hu alam
0 comments:
Post a Comment