Monday, March 16, 2009

Mencari Redha Bermula Dari Diri Sendiri

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Apabila kita memperkatakan tentang sabar, sejauh mana kita boleh bersabar? Ada orang yang kelihatan sabar dia kita katakan ia memang dilahirkan untuk sabar dan sukar untuk melihat ia marah. Adakah sabar boleh di bentuk didalam diri kita? Semua orang boleh sabar, tetapi peringkat sabar sahaja yang berbeza-beza. Ada orang sanggup menendang, memukul kenderaan yang menghalangi tempat letak kereta beliau, tetapi ia mampu juga untuk mengeluarkan kenderaan dari tempat letak kereta tanpa mengalihkan kenderaan yang menghalangnya.



Ada orang mampu untuk memaafkan seseorang yang tidak dikenali apabila terlanggar apabila sedang berjalan, tetapi menengking anak yang terlanggar dirinya apabila baru masuk rumah. Orang yang tidak dikenali lebih dihormati dari anak yang sepatutnya dikasihi dan disayangi. Ada orang mampu untuk menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual kosong tetapi begitu sukar untuk memerhatikan akan kebesaran Allah swt yang ada di muka bumi ini, kebesaran Allah swt yang ada di dalam diri kita sendiri.


Kita selalu merasakan apa yang berlaku diatas hasil usaha kita sendiri, amat jarang kita merasakan apa yang berlaku adalah pemberian dari Allah swt. Kita mendapat pangkat, kekayaan kebahagian sebenarnya adalah dari Allah swt untuk melihat sejauh mana kita boleh merasakan dan menghubungkan diri kita kepada Allah swt. Mari kita semak apa yang telah kita perolehi? Adakah kenderaan yang cantik yang ada pada kita boleh diambil oleh Allah swt bila-bila masa sahaja? Adakah kesihatan yang ada pada diri kita sekarang boleh kita pertahankan? Adakah kekayaan yang ada pada diri kita boleh kita pastikan tidak akan berkurang dan hilang dari diri kita? Adakah kecantikan dan kecergasan yang ada pada diri kita akan terus kekal sampai kita tua nanti.


Jawapannya tentu sekali kita tidak mampu untuk memastikannya, yang boleh kita berusaha dan setiap usaha yang kita lakukan mungkin akan diberikan oleh Allah swt keputusan yang kita harapkan, namun hanya Allah swt yang menentukan samada kita akan memperolehinya atau tidak. Kita tidak lebih dari berusaha dan berusaha, keputusan milik Allah swt. Lihatlah orang yang sedang melalui pembedahan dan rawatan di hospital, masing-masing berharap kepada Allah swt agar diberikan kebaikan, para doktor juga hanya boleh berkata mereka hanya mampu melakukan pemedahan dan hanya Allah swt sahaja yang mampu untuk menentukan samada selamat atau tidak. Tidak ada doktor yang sanggup memberikan jaminan keselamatan 100% apabila melakukan pemedahan kerana manusia yang boleh berusaha dan Allah swt yang menentukan segala-galanya.


Semasa kita memandu kenderaan dengan cermat dan berhati-hati, adakah ini akan memastikan kita akan selamat? Tentu tidak kerana mungkin ada orang lain yang cuai dan melanggar kenderaan kita. Kerana segala yang berlaku adalah didalam ketentuan Allah swt. Oleh sebab itu sebagai seorang muslim kita perlu merasakan harapan kepada Allah swt untuk memberikan yang terbaik buat diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik, namun apa yang berlaku perlu diterima dengan redza setelah kita melakukan yang terbaik. Ahhah hu Alam.



Maaf lama tak bertemu – bercuti.

0 comments: