Puasa 6 di bulan shawal suatu yang di galakkan untuk dilaksanakan oleh Rasulullah saw, namun kita kadang kala menanti saat-saat akhir dan ada yang rasa sampai dah tak cukup hari baru nak bermula, masing-masing sibuk dengan jamuan hari ray adi pejabat dan di rumah rakan. Kita sering menangguhkan apa yang boleh kita lakukan hari ini dengan harapan kita akan mempunyai banyak waktu lagi di masa depan. Kita merasakan masa yang ada hari ini suatu hak kita dan masa yang akan datang juga pasti akan tiba kerana kita merasakan kita masih sihat dan tidak ada penyakit yang serious yang kita tanggung yang akan menyebabkan kematian kita.
Kematian tidak datang apabila kita telah tua, ia datang apabila tiba masanya, mungkin hari ini, esok atau 30 tahun akan datang. Ramai orang yang terlantar berbulan-bulan di hospital tiba-tiba kita temui berlari setelah sihat kembali dan banyak juga berita yang kita dengar orang yang sihat tiba-tiba telah pergi mungkin kerana penyakit yang tiba-tiba datang atau mengalami kemalangan atau sakit yang tidak disangka-sangka. Kita sepatutnya bersyukur dengan pemberian kehidupan yang kita lalui sekarang untuk mencari yang terbaik buat kehidupan akhirat kita nanti.
Dengan kesempatan yang ada mungkin kita perlu mengunakan masa yang terbaik untuk mencari amal-amal yang mungkin akan menjadikan kit adi kasihi oleh Allah swt. Marilah kita berbaik sangka terhadap apa sahaja yang telah berlaku dan akan berlaku kerana semuanya adalah ujian dari Allah swt untuk melihat keyakinan kita kepada Allah swt dan kita akan menjadi manusia yang tenang dan bahagia di mana jua kita berada. Amin
0 comments:
Post a Comment