Perjuangan suatu yang memberikan erti kehidupan, namun apa yang berlaku adalah suatu ketentuan Allah swt untuk melihat apakah yang mampu untuk kita melakukannya. Walaupun jauh dari tempat pertempuran namun apakah rasa hati kita kini? Adakah kita mahu untuk turut serta atau merasai bahawa kita juga mahu untuk bersama mereka yang berjuang untuk mencari kebenaran.
Apakah anak-anak kecil itu meminta untuk dilahirkan di bumi palastin? Apakah kita telah meminta untuk dilahirkan di Malaysia? Jawapannya tentu tidak namun semua yang berlaku adalah suatu yang telah ditentukan oleh Allah swt dan Allah swt yang maha adil, maha bijaksana, maha sempurna tentu menjadikan apa yang berlaku penuh dengan kebaikan yang tersurat disebaliknya. Apakah kita merasai apakah yang telah di kehendaki oleh Allah swt untuk kita melakukannya. Mungkin dengan peristiwa ini memberikan peluang untuk kita melakukan amal seperti bersedekah, berkorban untuk menyumbangkan harta yang ada untuk membantu orang lain di bumi pelastin.
Baru-baru ini didalam majlis penerangan peperangan bumi pelastin, saya mendapat tahu ada dikalangan ibu-ibu yang sanggup membuka perhiasan emas mereka untuk didermakan dan hasilnya hampir sekilo lebih emas telah terkumpul. Duhai ibu-ibu yang berhati mulia, pengorbanan yang engkau lakukan pasti akan di lihat oleh Allah swt dan pasti akan mendapat rahmatNya. Mungkin ini sebabnya Allah swt menjadikan segala-gala untuk melihat siapakah yang sanggup berkorban dan mahukan hamba-hambaNya merasakan bahawa Allah swt sentiasa melihat apa yang mereka lakukan dan sentiasa berharap dan berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada Islam.
Allah swt mampu untuk menjadikan yang terbaik buat umat-umat Islam, namun apa yang kita perhatikan sekarang banyak yang tidak memihak kepada Islam. Mungkin ini tanda yang mahu diberikan oleh Allah swt untuk menyedarkan kepada diri kita yang kita terlalu jauh dari hakikat kebenaran Islam. Kita terlalu jauh dari Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan dengan sedikit cubaan ini akan memberikan kesedaran untuk kita memulakan suatu penghidupan baru yang berdasarkan dengan agama Islam yang sebenarnya. Telah terlau jauh mungkin kita meninggalkan agama kita dan telah tiba masanya untuk kita mencintai Allah swt dan mencintai rasulullah saw, kita perlu merasakan apa yang berlaku adalah suatu teguran kasih sayang Allah swt untuk kita memperbaiki segala kesilapan yang lalu dan melakukan suatu yang baru yang akan menyebabkan kita dikasihi dan di redai oleh Allah swt. Tiada kesenangan tanpa kesukaran dan keindahan hanya akan kita capai jika kita mahukan didalam kehidupan kita. Insaallah.
0 comments:
Post a Comment