Monday, March 16, 2009

Keputusan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Dosa dan kesilapan sentiasa tidak lekang dari diri manusia, itu tanda kita terlalu lemah dan memerlukan bantuan dari Allah swt dan sentiasa mengharap akan pertolongan dari Allah swt untuk melalui penghidupan yang penuh dengan cubaan dan ujian. Sejauh mana pengharapan kita untuk memperbaiki diri kita yang lemah ini. Sejauh mana kita merasai kita amat memerlukan kasih saying dari Allah swt, amat memerlukan Rahmat dan tunjuk ajarnya didalam melalui kehidupan ini.


Allah swt menyediakan kitab Al Quran untuk kita mendapatkan panduan untuk membawa kehidupan ini, sekiranya kita membeli kenderaan kita akan cari panduan untuk mengunakannya, kita akan memerhatikan apakah kemampuan dan kebolehan yang telah di sediakan untuk model kenderaan yang kita beli, tetapi apabila menguruskan diri kita adakah kita mengunakan panduan dari Allah swt untuk kita mengunakan tubuh badan yang dipinjamkan kepada diri kita. Adakah kita memikirkan badan kita adalah milik kita dan kita bebas untuk mengunakan badan tersebut untuk apa sahaja, kita bebas untuk mengunakan akal untuk kehidupan yang kita inginkan tanpa kita menilai kembali apakah panduan untuk kita apabila memiliki tubuh badan ini.


Sekiranya kita memikirkan yang tubuh badan kita adalah milik kita bolehkah kita memastikan apa sahaja yang terbaik buat diri kita, bolehkah kita mengelakkan dari tidak sakit, bolehkah kita memastikan yang tubuh badan kita tidak di siksa nanti di akhirat? Kita hanya mampu berusaha dan hanya Allah swt sahaja yang dengan rahmatnya dapat memberikan keselamatan kepada diri kita untuk diberikan surgaNya. Tetapi sekiranya kita ingkar dan sentiasa tidak melakukan yang terbaik, Allah swt juga boleh memberikan kebaikan kepada hamba-hamba yang terpilih namun kehidupan Allah swt maha adil dan boleh menjadikan segala-gala seperti yang dikekhendakinya.


Apakah tujuan kehidupan dalam diri kita? Kita mahu menjadi Hamba Allah swt? Kita mahu mencari surga Allah swt? Kita mahu melarikan diri dari Neraka Allah swt? Kita mahu mmendapatkan yang terbaik didalam kehidupan ini? Semuanya adalah berbalik dari keputusan yang telah kita putuskan didalam kehidupan dan apakah sebenarnya jawapan yang ada didalam diri kita. Kepercayaan akan mengubah segala kehidupan kita. Jika seseorang yang beragama islam, tidak percaya kepada Islam lagi tentu nilai dan kehidupan dia telah berubah kerana segala yang dahulunya haram sekarang tidak lagi haram buatnya. Begitu juga sebaliknya. Marilah kita melihat kembali apakah sebenarnya keputusan yang telah kita lakukan didalam kehidupan ini dan apakah kita telah benar-benar melakukan keputusan yang terbaik dan benar-benar bersedia untuk berubah diatas keputusan yang telah kita laku. Allah hu alam.

0 comments: