Monday, March 16, 2009

Solat..Sejauh mana ketenangannya..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Solat suatu yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim, apa pengertian solat dalam diri kita? Adakah hanya untuk suatu pergerakan yang dilakukan didalam masjid atau surau atau kita ingin untuk memperhambakan diri kita kepada Allah swt. Kita melakukan solah kerana ingin untuk mendapatkan Rahmat dari Allah swt, ingin mendapatkan kasih dan cinta dari Allah swt dan tanda kita sebenarnya memberikan ketaatan, memberikan kebebasan, memberikan tanda keyakinan kita hanya kepada Allah swt.


Adakah kita merasakan amal solat ini telah membantu kita dari melakukan segala maksiat dan menjauhkan kita dari mengikut melaksanakan maksiat? Dengan solat hati kita menjadi tenang setenang air di tasik yang indah, tiada kerisauan, tiada kegusaran, tiada yang perlu merungsingkan yang ada hanyalah harapan untuk melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keredaan Allah swt. Namun apakah yang telah kita lalui sekarang? Mengapa hati selalu risau, mengapa kita selalu takut, mengapa kita melalui mimpi-mimpi ngeri di dalam kehidupan kita? Adakah solat yang kita lakukan adalah solat seperti yang dilakukan oleh para sahabat, mungkin terasa jauh lagi namun kita perlu memperbaikinya dan diantara nya kita perlu memahami apa yang kita baca didalam solat tersebut agar memberikan kesan kepada hati-hati kita.



Terlalu jauhnya perasaan kita terhadap Allah swt, terlalu sukar untuk mengingati Allah swt di dalam kehidupan kita dimana semasa solat pun masih terfikirkan tentang kerja yang kita lakukan dipejabat yang belum tentu akan dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. Mungkin sekarang kita perlu bermula dengan mencari kebenaran islam didalam kehidupan kita, mencari segala nasihat dari rasulullah saw agar hati kita tersentuh dan mudah untuk menerima kebenaran dan menyebabkan hati sentiasa merasakan akan hubungan dengan allah swt, mata sentiasa mengalirkan air mata kerana takut kepada Allah swt, gementar hati setiap kali mendengar ayat-ayat Allah swt seolah-ollah ayat tersebut hanya di tujukan buat diri kita yang selalu cuai dan alpa didalam kehidupan.


Ya Allah, Engkau berikanlah ilmu kepada kami agar kami menjadi hamba-hambamu yang sentiasa mencari keredaan dan perlindungan dari MU, jadikanlah kami mempunyai hati-hati yang ikhlas dan takut hanya kepadaMu, berharap hanya kepadaMu, menjadi manusia yang mencari pengajaran dan teguran dari Al Quran dan sentiasa berserah kepadaMU. Ya Allah, Engkau jadikan lah kami orang-orang yang mendapat keammpunan dariMu dan jadikalah kami orang yang mendapat cinta dan mencintai MU. Amin

0 comments: